Thursday, November 22, 2018

INSTALLATION PERISIAN SISTEM OPERASI KOMPUTER

1.0 PEMASANGAN (INSTALLATION) PERISIAN SISTEM OPERASI KOMPUTER

1.1 Jenis-jenis Perisian Operasi dan Versi

1.1.1 Belesen (Licensed)

1.1.1.1 Microsoft Windows



Rajah 1.1.1.1 : Microsoft Windows

Microsoft Windows merupakan perisian sistem operasi keluaran syarikat Microsoft. Hampir 90% pengguna komputer menggunakan perisian tersebut. Perisian ini bersifat mesra pengguna (user friendly) iaitu berdasarkan konsep paparan (interface) yang menarik dan mudah untuk dikendalikan bagi pengguna kali pertama. Dilengkapi dengan beberapa perisian aplikasi seperti Internet Explorer, Windows Media Player, Paint, Notepad dan lain-lain. Pengguna boleh membeli perisian berlesen Microsoft Windows secara terus dengan syarikat pengeluar atau agensi yang berdaftar.


01. Windows 1.0120 Nov 1985

02. Windows 2.0 – 3.11987–1992

03. Windows 9524 Aug 1995

04. Windows 9825 June 1998

05. Windows 200017 Feb 2000

06. Windows ME14 Sept 2000

07. Windows XP25 Oct 2001

08. Windows Vista30 Jan 2007

09. Windows 722 Oct 2009

10. Windows 8 - 26 Oct 2012

11. Windows 8.1 17 Oct 2013

12. Windows 1029 July 2015


Jadual 1.1.1.1 : Versi Microsoft Windows


1.1.1.2  Mac Os (Macintosh Operating System)


Rajah 1.1.1.2 : Mac Os (Macintosh Operating System)

Mac Os merupakan perisian sistem operasi keluaran syarikat Apple Corp. yang terletak di California, Amerika Syarikat. Mac Os cuma beroperasi pada komputer keluarannya tersendiri sahaja seperti Apple iMAC dan Apple Macbook Pro. Perisian ini terkenal
dengan kepantasan membuat kerja multimedia seperti 3D animation, video editing, photo editing dan rekabentuk. Dilengkapi dengan beberapa perisian aplikasi seperti Safari, iTunes, Application Store dan lain-lain. Kebanyakan syarikat perkhidmatan multimedia menggunakan produk keluaran Apple.


01. Mac OS System 1.0 - 1984

02. Mac OS System 2.0 - 1985

03. Mac OS System 3.0 - 1986

04. Mac OS System 4.0 - 1987

06. Mac OS System 6.0 - 1988

07. Mac OS System 7.0 - 1991

08. Mac OS 8.0 - 1997

09. Mac OS 9.0 - 1999

10. Mac OS X Server 1.0 - 1999

11. Mac OS X 10.0 “Cheetah” - 2001

12. Mac OS X 10.1 “Puma” - 2001

13. Mac OS X 10.2 “Jaguar” - 2002

14. Mac OS X 10.3 “Phanter” - 2003

15. Mac OS X 10.4 “Tiger” - 2005

16. Mac OS X 10.5 “Leopard” - 2007

17. Mac OS X 10.6 “Snow Leopard” - 2009

18. Mac OS X 10.7 “Lion” - 2011

19. OS X 10.8 “Mountain Lion” - 2012

20. OS X 10.9 “Mavericks” - 2013

21. OS X 10.10 “Mavericks” - 2014


Jadual 1.1.1.2 : Versi Mac Os


1.1.2  Sumber Terbuka (Open Source)


1.1.2.1  Linux


Rajah 1.1.2.1 : Linux

Linux merupakan perisian sistem operasi keluaran oleh Linus Torvalds pada tahun 1991. Linux bersifat multitasking iaitu boleh melakukan pelbagai kerja di dalam satu masa dan sesuai dipasang (install) pada server. Perisian ini mempunyai paparan (interface) seperti Windows tetapi lebih kepada penggunaan variasi kod (coding) untuk mengakses perisian aplikasi. Linux juga digunapakai oleh telefon pintar (smartphone) mengikut versi keluaran dan naiktaraf peranti.


Carta 1.1.2.1 : Versi Linux


1.2 Perlesenan Sistem Operasi


1.2.1 Sumber Terbuka (Open Source)

Perisian sumber terbuka merupakan perisian komputer dengan sumber
kod yang disediakan dan dilesenkan dengan lesen di mana hak
pemegang hak memberikan hak untuk mengkaji, mengubah dan
mengedar perisian untuk semua pengguna dan untuk semua tujuan.
Pengguna boleh menggunakan perisian ini secara percuma dan ia boleh
dipasang (install) ke berapa banyak komputer yang dikehendaki tanpa
apa-apa bayaran lesen. Pengguna juga boleh memberikan perisian
kepada sesiapa tanpa sebarang sekatan.


1.2.2 Berlesen (Licensed)

Perisian berlesen merupakan perisian mempunyai persetujuan syaratsyarat
hak penggunaan perisian antara pemilik dan pengguna.
Pengguna hendaklah bersetuju dan mematuhi syarat-syarat yang
dinyatakan untuk menggunakan perisian tersebut. Perisian berlesen
terhad di mana setiap perisian yang dibeli hanya boleh dipasang (install)
untuk satu komputer sahaja.


2.0  JENIS-JENIS PERISIAN PEMACU (DRIVER) KOMPUTER


2.1  Graphic Driver


Rajah 2.1 : Graphic Driver Installation

Perisian graphic driver mesti di pasang (install) supaya aktif dan menunjukkan paparan (interface) secara normal pada monitor. Ia menyokong semua perisian aplikasi terutamanya multimedia dan games. Perisian boleh didapatkan secara muat turun dari laman web bergantung kepada jenis dan jenama graphic yang digunakan.


2.2  Sound Driver


Rajah 2.2 : Sound Driver Installation

Perisian sound driver dipasang (install) supaya aktif dan menghasilkan bunyi yang dikeluarkan melalui speaker. Ia menyokong semua perisian aplikasi terutamanya multimedia dan games. Perisian boleh didapatkan secara muat turun dari laman web bergantung kepada jenis dan jenama sound yang digunakan.


2.3  Chipset Driver


Rajah 2.3 : Chipset Driver Installation

Perisian chipset driver dipasang (install) supaya mengaktifkan set komponen elektronik pada litar bersepadu motherboard yang mengurus aliran data kepada semua perkakasan komputer seperti processor, RAM dan lain-lain. Perisian boleh didapatkan secara muat turun dari laman web bergantung kepada jenis dan jenama chipset yang digunakan.


2.4  Network Driver


Rajah 2.4 : Network Driver Installation

Perisian network driver dipasang (install) supaya mengaktifkan komunikasi penghantaran dan penerimaan data melalui rangkaian. Perisian boleh didapatkan secara muat turun dari laman web bergantung kepada jenis dan jenama chipset yang digunakan.


2.5  Monitor Driver


Rajah 2.5 : Monitor Driver Installation

Perisian monitor driver biasanya secara plug and play di mana tidak perlu pasang (install) driver. Ia dikesan secara automatic.


3.0 PEMASANGAN PERISIAN APLIKASI


3.1 Keperluan Minima Pemasangan (Installation)

Setiap perisian aplikasi mempunyai keperluan minimum pemasangan berdasarkan spesifikasi komputer yang digunakan. Keperluan minima melibatkan seperti kapasiti hard drive, kelajuan processor, RAM dan Graphic Card. Pastikan spesifikasi komputer lebih atau memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh setiap perisian aplikasi. Ia bertujuan melancarkan prestasi aplikasi semasa digunakan.


3.2 Lesen

Perisian aplikasi berlesen perlu diisi kod lesen semasa install supaya perisian tersebut boleh digunakan data tempoh maksimum.


4.0 SOFTWARE UPDATE

Setiap perisian komputer perlu dikemaskini (update) berdasarkan versi terkini. Komputer yang bersambung dengan rangkaian Internet akan menerima mesej software update pada masa tertentu. Tujuannya untuk memastikan kebolehan komputer menggunakan aplikasi versi terbaru tanpa berlaku sebarang permasalahan.


5.0 VERIFIKASI KESELAMATAN KOMPUTER


5.1 Anti-virus

Perisian anti-virus perlu dipasang (install) pada komputer untuk mengawal kemasukan virus dari sumber Internet melalui emel. Perisian ini perlu sentiasa dikemaskini melalui sumber Internet mengikut masa yang telah ditetapkan. Perisian anti-virus sumber terbuka boleh muat turun di laman web http://www.filehippo.com. Terdapat banyak pilihan perisian anti-virus sumber terbuka di laman web tersebut.


5.2 Firewall

Firewall merupakan perisian keselamatan rangkaian digunakan untuk mengawal trafik penghantaran dan penerimaan data. Firewall mengesan dan memastikan data yang dihantar atau diterima selamat untuk digunakan.
Firewall boleh menyekat rangkaian yang tidak dikenalpasti untuk mengelakkan sebarang pencerobohan.


5.3 Internet Browser Security Setting

Perisian Internet browser merupakan perisian sumber terbuka digunakan untuk melayari laman web. Setiap perisian Internet browser terdapat tetapan keselamatan untuk melindungi komputer daripada menerima sebarang mesej pop-up yang akan memberi kesan sampingan pada komputer. Perisian ini juga boleh menyekat laman web yang tidak perlu dilayari seperti laman web berunsurkan lucah.


5.4 User Credential

5.4.1 User Account Information

User Account Information perlu disetkan kata laluan untuk mengelakkan daripada di akses oleh pengguna yang tidak berkaitan.


5.4.2 Email Account

Email Account perlu disetkan kata laluan untuk mengelakkan daripada di akses oleh pengguna yang tidak berkaitan.


5.0 JENIS-JENIS PERISIAN BACK-UP


5.1 System Setting Back-up

Sistem operasi Microsoft Windows mempunyai perisian aplikasi back-up tersendiri iaitu Backup and Restore. Perisian aplikasi ini terdapat di bahagian Control Panel. Kaedah back-up yang terdapat pada perisian Backup and Restore sangat mudah dan teratur. Boleh buat pemilihan tetapan seperti lokasi, jenis media yang digunakan dan masa back-up. Proses back-up secara keseluruhan mengambil masa yang lama bergantung kepada kelajuan komputer tersebut.





No comments:

Post a Comment