Thursday, November 22, 2018

PERKAKASAN KOMPUTER



1.0  PERKAKASAN KOMPUTER


1.1 CPU (Central Processing Unit)
Rajah 1.1 : CPU

CPU atau processor merupakan perkakasan utama yang memainkan peranan dari segi kelajuan memproses data. CPU berfungsi sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer.


1.2 Motherboard





Rajah 1.2 : Motherboard

Motherboard berfungsi sebagai jantung bagi sesebuah komputer. Ia merupakan papan litar yang besar dan terletak di bahagian bawah casing bagi pengguna yang menggunakan desktop casing dan terletak menegak bagi pengguna yang menggunakan tower casing. Motherboard diperbuat daripada kepingan kaca serat dan di atasnya dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa motherboard merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.


1.3 RAM (Random Access Memory)




Rajah 1.3 : RAM

RAM merupakan ingatan utama di mana data atau arahan yang diperlukan atau sedang diproses disimpan buat sementara waktu agar ianya boleh dipindahkan di antara CPU dan sistem pengoperasian. RAM boleh melaksanakan proses baca dan tulis (read and write). RAM adalah tidak kekal (volatile). Ini bermakna ia akan kehilangan data atau arahan sebaik sahaja komputer dimatikan (off).


1.4 Hard Drive




Rajah 1.4 : Hard Drive

Hard Drive merupakan perkakasan menyimpan data kekal di dalam sistem komputer. Perisian sistem operasi dipasang (install) di hard drive bagi membolehkan komputer beroperasi. Selain itu perisian pemacu (driver) dan perisian aplikasi juga dipasang (install) pada hard drive.


1.5 Power Supply




Rajah 1.5 : Power Supply


Power supply merupakan penerima bekalan elektrik daripada punca bekalan elektrik utama. Power supply menukarkan arus elektrik kepada bentuk voltan untuk mengagihkannya ke soket-soket yang terdapat pada motherboard bagi kegunaan komponen yang berkaitan. Terdapat dua (2) jenis power supply iaitu 110v dan 240v.


2.0  SISTEM OPERASI DAN MAKLUMAT PERISIAN KOMPUTER


2.1  Versi Perisian

Sistem operasi merupakan perisian asas yang digunakan untuk menjalankan dan mengendalikan sistem komputer. Perisian sistem operasi mengawal dan menjalankan proses input / output pada sistem unit komputer. Sistem operasi terdiri daripada dua (2) iaitu 32-bit dan 64-bit. Windows keluaran Microsoft merupakan perisian sistem operasi yang amat mudah dan terkenal dikalangan pengguna. Windows terdiri daripada pelbagai versi. Microsoft Windows 7 merupakan perisian sistem operasi yang menjadi tumpuan kepada pengguna. Keluaran versi Microsoft Windows 7 adalah seperti berikut :


  1.  Starter - 32 BIT
  2.  Home Basic - 32 BIT
  3.  Home Premium - 32 BIT / 64 BIT
  4.  Profesional - 32 BIT / 64 BIT
  5.  Ultimate - 32 BIT / 64 BIT

2.2  Jenis Platform

Sistem operasi terdiri daripada dua platform iaitu 32-bit dan 64-bit. Setiap platform adalah berbeza dari segi tahap prestasi dan capaian teknologi.


2.2.1  Sistem Operasi 32-BIT


Sistem operasi 32-bit dikeluarkan untuk komputer yang mempunyai spesifikasi sederhana terutama sekitar tahun 1990an. Komputer yang memiliki RAM bawah daripada 4GB amat sesuai menggunakan sistem operasi 32-bit. Ia juga sesuai untuk melakukan kerja-kerja menaip seperti surat rasmi, memo dan kertas kerja.


2.2.2 Sistem Operasi 64-bit

Sistem operasi 64-bit dikeluarkan untuk komputer yang mempunyai spesifikasi tinggi. Sekitar tahun 2008 telah banyak keluaran processor jenis 64-bit. Penggunaan RAM juga melebihi daripada 4GB. Sistem operasi 64-bit amat sesuai dipasang (install) kepada komputer yang mempunyai spesifikasi tinggi melakukan kerja-kerja seperti rekabentuk, pelan, video dan permainan 3D.


3.0 JENIS-JENIS PENYAMBUNG KABEL KOMPUTER


3.1 Network Connector RJ45


Rajah 3.1 : Network Connector RJ45

Registered Jack-45 atau RJ45 merupakan penyambung penamat bagi kabel rangkaian jenis UTP (Unshielded Twisted Pair) dan STP (Shielded Twisted Pair).


3.2 Phone Connector RJ11

Rajah 3.2 : Phone Connector RJ11

Registered Jack-11 atau RJ11 merupakan penyambung penamat bagi kabel telefon talian tetap yang kebiasaannya digunakan di rumah dan pejabat.

3.3 Power Cable

Rajah 3.3 : Power Cable

Power cable atau power cord merupakan sumber utama yang membekalkan arus elektrik kepada komputer melalui power supply unit. Power cable juga digunakan untuk peralatan seperti monitor, printer, scanner dan peralatan elektrik yang lain.


3.4 USB (Universal Serial Bus)

Rajah 3.4 : USB Port

USB merupakan soket yang digunakan untuk penyambungan peranti ke komputer. Pada masa kini terdapat banyak keluaran peranti yang menggunakan penyambungan USB seperti keyboard, mouse, pendrive,printer, scanner dan lain-lain. Soket USB lebih laju berbanding soket yang lama seperti firewire, serial dan ps2. Terdapat tiga jenis soket USB berbeza dari segi kelajuan pemindahan data.

  1. USB 1.0 - 12 Megabit Per Saat
  2. USB 2.0 - 480 Megabit Per Saat
  3. USB 3.0 - 640 Megabit Per Saat

3.5 Monitor Cable

Monitor cable merupakan kabel penyambungan di antara monitor dan system unit berfungsi untuk memaparkan paparan yang terdapat dalam system unit komputer. Terdapat tiga jenis monitor cable berbeza dari segi keperluan naiktaraf.


3.5.1 VGA (Video Graphics Array)

Rajah 3.5.1 : VGA

VGA merupakan jenis kabel monitor mempunyai 15pin penyambung. Penyambung jenis kabel VGA juga digunapakai kepada laptop, projector dan television.


3.5.2 DVI (Digital Visual Interface)


Rajah 3.5.2 : DVI

DVI merupakan jenis kabel monitor dikeluarkan oleh Digital Display Working Group (DDWG). Penyambung jenis DVI menghasilkan paparan grafik secara terperinci dan kualiti kepada monitor. Sesuai digunapakai oleh pengguna yang melakukan kerja-kerja animasi 3D. Penyambung jenis DVI juga digunapakai oleh projector.


3.5.3 HDMI (High Definition Multimedia Interface)

Rajah 3.5.3 : HDMI

HDMI merupakan jenis kabel monitor berkualiti tinggi dari segi paparan dalam bentuk gambar dan video. Penyambung jenis HDMI menghasilkan dua bentuk aliran iaitu video dan audio dalam satu penyambungan. Sesuai digunapakai oleh pengguna yang melakukan kerja-kerja animasi 3D, video editing dan graphic designer. Penyambung jenis HDMI juga digunapakai oleh projector.


4.0  SUSUN ATUR PLUG

Susun atur plug memainkan peranan penting bagi penggunaan peralatan elektronik seperti komputer. Ia tidak boleh berkongsi dengan peralatan elektrik seperti pemanas air, sterika, microwave dan oven. Ini kerana setiap peralatan
elektrik dan elektronik menggunakan tenaga elektrik yang berbeza. Sekiranya berkongsi plug boleh berlaku litar pintas bergantung kepada ketahanan setiap peralatan. Terdapat tiga jenis plug yang digunapakai


4.1 Three (3) Pins


Rajah 4.1 : Three (3) Pins Plug

Three (3) Pins plug adalah jenis standard yang digunapakai di negara Malaysia. Ia mempunyai tiga jenis wayar yang berlainan warna dan aliran iaitu earth, neutral dan live. Susun atur wayar hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Boleh rujuk buku manual sekiranya berlaku keraguan terhadap susun atur wayar tersebut.


4.2 Two (2) Pins


Rajah 4.2 : Two (2) Pins

Two (2) Pins plug juga merupakan jenis standard yang digunapakai di negara Malaysia. Ia mempunyai dua jenis wayar yang berlainan warna dan aliran iaitu neutral dan live. Susun atur wayar hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Boleh rujuk buku manual sekiranya berlaku keraguan terhadap susun atur wayar tersebut.


4.3 International Adaptor

Rajah 4.3 : International Adaptor

International adaptor plug merupakan jenis mudah alih yang digunapakai kebiasaannya semasa berada di negara lain. Setiap negara menggunakan jenis plug yang berbeza kerana bergantung kepada pengeluar. Dengan terciptanya international adaptor pengguna boleh menggunakan peralatan elektronik buatan tempatan ke negara lain.


5.0 KEPERLUAN KESELAMATAN ELEKTRIK

Keperluan keselamatan elektrik aspek sangat penting kerana ia melibatkan nyawa pengguna. Badan manusia adalah pengalir elektrik yang sangat kuat. Semasa mengendalikan peralatan dan perkakasan komputer hendaklah diutamakan keselamatan untuk mengelakkan daripada sebarang bencana atau kemalangan.


5.1 ESD (Electrostatic Discharge)


Rajah 5.1 : ESD (Electrostatic Discharge)

ESD membantu proses nyah elektrik antara pengguna dengan perkakasan komputer semasa mengendalikan kerja penyelenggaraan. Pengguna dapat mengelakkan berlakunya kejutan elektrik semasa menyentuh perkakasan komputer dengan tangan.


5.2 Anti-Static Computer Mat


Rajah 5.2 : Anti-Static Computer Mat

Anti-Static computer mat sebagai alat pelapik getah yang menjadi tempat pembersihan perkakasan komputer. Perkakasan komputer mesti diletakkan di atas alat pelapik getah untuk mengelakkan daripada berlakunya kerosakan.


5.3 Safety Shoes



Rajah 5.3 : Safety Shoes

Safety Shoes merupakan kasut yang diperbuat daripada getah pvc untuk mengelakkan daripada berlaku kecederaan dan kemalangan semasa pengguna mengendalikan kerja penyelenggaraan.



6.0 PERSEDIAAN PERALATAN SISTEM KOMPUTER

Peralatan (Tools) hendaklah disenaraikan dan disediakan terlebih dahulu mengikut keperluan sebelum melakukan kerja penyelenggaraan komputer. Ia sebagai langkah bagi memudahkan pengguna semasa melakukan kerja penyelenggaraan. Proses penyelenggaraan hendaklah merujuk kepada kaedah dan keselamatan yang ditetapkan. Terdapat empat peralatan asas yang perlu digunakan semasa melakukan kerja penyelenggaraan komputer


6.1 Screw Driver




Rajah 6.1 : Screw Driver

Screw driver berfungsi membuka screw pada casing komputer, perkakasan komputer dan motherboard sebelum melakukan kerja penyelenggaraan. Screw driver philips dan slotted merupakan jenis standard yang digunapakai.


6.2 Multi Meter




Rajah 6.2 : Multi Meter

Multi meter sejenis alat pengukur elektronik yang mengukur voltan, arus dan rintangan pada setiap perkakasan komputer.


6.3 Anti Electrostatic Wristband




Rajah 6.3 : Anti Electrostatic Wristband

Anti Electrostatic Wristband membantu proses nyah elektrik antara pengguna dengan perkakasan komputer semasa mengendalikan kerja penyelenggaraan. Pengguna dapat mengelakkan berlakunya kejutan elektrik semasa menyentuh perkakasan komputer dengan tangan.


6.4 Vacuum Cleaner


Rajah 6.4 : Vacuum Cleaner

Vacuum cleaner berfungsi menyedut habuk dan kotoran pada setiap perkakasan komputer, komponen motherboard serta kipas yang terdapat pada casing.


7.0 KEBERSIHAN KAWASAN KERJA

Kebersihan merupakan perkara amat penting yang merupakan tanggungjawab setiap individu. Suasana yang bersih akan mewujudkan keselesaan dalam menjalankan tugas seharian. Tanggungjawab kebersihan ini bukan sahaja tertakluk kepada pihak yang membuat penyelenggaraan sahaja bahkan ianya menjadi tanggungjawab bersama semua. Oleh yang demikian, setiap pelatih dan kakitangan perlu menjaga kebersihan supaya persekitaran tempat kerja dan sentiasa kelihatan ceria, bersih dan selamat. Keuntungan dari kebersihan yang baik adalah :


a) Kurang risiko kemalangan dan kecerderaan.
b) Kurang risiko kebakaran.
c) Tempat kerja lebih kondusif.
d) Kurang waktu yang terbuang untuk mencari perkakasan dan peralatan.










No comments:

Post a Comment