Tuesday, November 20, 2018

NETWORK CABLE INSTALLATION

1.0  KAJIAN PENYELIDIKAN TAPAK DAN KAWASAN


Kajian penyelidikan tapak dan kawasan merupakan langkah yang perlu diambil sebelum projek pembangunan premis dilaksanakan. Ia bertujuan menilai kesesuaian tapak secara keseluruhan bagi pembangunan premis yang akan dicadangkan serta menyediakan satu rekabentuk yang sesuai, lengkap, ekonomi dan selamat.


1.1  Jarak Antara Siling Dan Lantai


Rajah 1.1 : Jarak Antara Siling dan Lantai

Penentuan jarak antara siling dan lantai merupakan langkah bagi mengawal saiz keseluruhan bangunan untuk menentukan peruntukan siling. Ia juga merujuk kepada keluasan keseluruhan ruang bagi muatan yang dirancang untuk memenuhi keperluan fungsi bagi sesuatu bangunan.


1.2  Cable Tray


Rajah 1.2 : Cable Tray

Cable Tray merupakan sebuah alat yang digunakan untuk menyokong pendawaian kabel elektrik dan rangkaian. Ia diperbuat daripada logam. Terdapat dalam pelbagai jenis, saiz, ukuran dan warna. Cable Tray melaraskan susun atur dan melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Ia digunakan di tempat yang sukar untuk pemasangan kabel seperti di kawasan tempat letak kenderaan dalam bangunan dan dalam siling. Cable Tray mempunyai pelbagai warna kerana dijadikan sebagai label untuk setiap pendaiwaian.


1.3  Raised Floor



Rajah 1.3 : Raised Floor

Raised Floor merupakan sejenis lantai mempunyai tapak ketinggian bertujuan untuk ruangan pendawaian elektrik dan rangkaian. Rekabentuk lantai ini ialah segi empat sama yang berukuran 60cm x 60cm. Ketinggiannya pula ialah dari setengah kaki hingga ke satu kaki. Raised Floor juga merupakan sejenis lantai alaf baru dan moden yang digunapakai oleh bangunan besar seperti pejabat. Ia diperbuat daripada bahan tidak mengalirkan arus elektrik (penebat) dan selamat digunakan untuk jangkamasa yang lama. Di bawah permukaan lantai tersebut akan dipasangkan Cable Tray bertujuan menyokong pendawaian kabel elektrik dan rangkaian supaya selaras dan kemas.


2.0  PERKAKASAN, PERALATAN DAN BAHAN PEMASANGAN RANGKAIAN


2.1  PERKAKASAN


2.1.1  Switch

Rajah 2.1.1 : Switch

Switch merupakan perkakasan digunakan untuk mewujudkan rangkaian berwayar antara komputer ke komputer dan perkakasan lain. Switch menguruskan proses penghantaran serta penerimaan data antara komputer ke komputer dan perkakasan lain. Setiap komputer yang bersambung dengan switch akan memperolehi kelajuan sama semasa proses penghantaran dan penerimaan data.


2.1.2  Router 

Rajah 2.1.2 : Router

Router merupakan perkakasan pakar dalam penghantaran paket data melalui rangkaian. Ia memilih jalan yang terbaik dalam rangkaian bagi perjalanan dan penghantaran paket data ke destinasi. Router juga sebagai pusat rangkaian yang mempunyai dua penyambungan iaitu LAN dan WAN (Internet Service Provider). Router menguruskan penghantaran paket data kepada terminal akhir iaitu komputer. Router memeriksa alamat IP destinasi paket dan menentukan laluan yang terbaik dengan merujuk jadual routing.


2.1.3  Wireless Access Point





Rajah 2.1.3 : Wireless Access Point

Wireless Access Point merupakan perkakasan digunakan untuk mewujudkan rangkaian wireless antara komputer ke komputer dan perkakasan lain yang menggunakan capaian wireless. Ia dilengkapi satu RJ45 port yang berfungsi sebagai WAN. Kabel akan di plug ke RJ45 port yang berfungsi sebagai WAN. Kemudian Wireless Access Point akan mengeluarkan signal rangkaian WAN secara wireless berbentuk SSID. Perkakasan seperti Laptop, Tablet dan Smartphone boleh mengesan SSID tersebut melalui tetapan perkakasan untuk mendapatkan sambungan rangkaian.


2.1.4  Patch Panel



Rajah 2.1.4 : Patch Panel

Patch Panel merupakan perkakasan digunakan untuk menyusun atur pengkabelan rangkaian supaya dalam keadaan teratur, kemas dan tahan lama. Ia membantu melabel setiap kabel yang dipasang bagi memudahkan kerja pemasangan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan. Patch Panel dilengkapi dengan RJ45 port. Ia terbahagi kepada beberapa jenis dan dikelaskan mengikut jumlah port yang terdapat pada bahagian hadapan iaitu 12 port, 24 port, 48 port dan 96 port. Sebelum membuat pemasangan kabel UTP pada Patch Panel, hendaklah merujuk kepada kod susunan warna yang telah ditetapkan.


2.1.5  Patch Cord


Rajah 2.1.5 : Patch Cord

Patch Cord merupakan kabel rangkaian jenis UTP / STP yang telah disiap pasang RJ45 connector pada kedua-dua hujung kabel. Ia digunakan sebagai media penghantaran yang membolehkan komunikasi antara komputer ke komputer dan peranti lain dalam sebuah rangkaian. Kabel Patch Cord mestilah dibuat mengikut ukuran panjang yang ditetapkan. Sekiranya melebihi dari 100 meter signal komunikasi dan penghantaran data akan terputus (loss).


2.1.6  RJ45 Faceplate

Rajah 2.1.6 : RJ45 Faceplate

RJ45 Faceplate merupakan casing yang menutup bahagian hadapan Modular Jack bertujuan untuk melindungi daripada sebarang kemungkinan berlaku seperti tumpahan air atau minyak.


2.1.7  RJ45 Surface Box


Rajah 2.1.7 : RJ45 Surface Box

RJ45 Surface Box merupakan kotak yang menutup bahagian belakang Modular Jack sebagai tempat untuk menyimpan lebihan kabel yang ditarik. Selain itu ia melindungi daripada sebarang kemungkinan berlaku seperti tumpahan air atau minyak.


2.1.8  Modular Jack

Rajah 2.1.8 : Modular Jack

Modular Jack merupakan perkakasan sebagai tempat termination (penamat) bagi pendawaian kabel UTP / STP. Lapan bahagian pada kabel tersebut akan di pasang pada Modular Jack mengikut susunan warna yang telah ditetapkan. Kabel Patch Cord akan di plug pada RJ45 port yang terdapat pada bahagian hadapan Modular Jack bertujuan untuk mendapatkan sambungan rangkaian.


2.1.9  Equipment Rack


Rajah 2.1.9 : Equipment Rack

Equipment Rack merupakan perkakasan dikhususkan untuk menempatkan perkakasan rangkaian seperti swicth, router, access point dan patch panel. Ia terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Pada bahagian atas Equipment Rack dilengkapi dengan kipas yang berfungsi untuk mengawal kitaran angin supaya perkakasan sentiasa dalam keadaan baik.


2.2  PERALATAN


2.2.1  Cable Stripper

Rajah 2.2.1 : Cable Stripper

Cable Stripper merupakan peralatan digunakan untuk memotong lapisan utama kabel UTP / STP. Pemotongan mestilah dilakukan dengan pusingan 360 darjah.


2.2.2  Crimping Tool

Rajah 2.2.2 : Crimping Tool

Crimping Tool merupakan peralatan digunakan untuk proses crimping RJ45 connector kepada kabel UTP / STP dan RJ11 connector kepada kabel telefon. Pada bahagian bilah pisau ia boleh digunakan sebagai pemotong kabel.


2.2.3  Punch Down Tool

Rajah 2.2.3 : Punch Down Tool

Punch Down Tool merupakan peralatan digunakan untuk menyambungkan 8 bahagian kabel UTP / STP kepada Modular Jack dan Patch Panel.


2.2.4  Screw Driver

Rajah 2.2.4 : Screw Driver

Screw Driver merupakan peralatan digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru. Ia digunakan dengan cara memutar pemegangnya pada arah lawan jam untuk melonggarkan dan arah jam untuk mengetatkan skru. Ia mempunyai bahagian hujung yang dibentuk mengikut alur skru bagi memudahkan skru dapat dilonggarkan dan diketatkan.


2.2.5  Cable Tester

Rajah 2.2.5 : Cable Tester

Cable Tester merupakan peralatan digunakan untuk menguji kefungsian kabel UTP / STP yang telah siap dipasang RJ45 connector, Modular Jack dan Patch Panel. Ia juga boleh menguji kefungsian kabel telefon yang menggunakan RJ11 connector. Terdapat dua jenis cable tester iaitu analog dan digital.


2.2.6  Cable Puller


Rajah 2.2.6 : Cable Puller

Cable Puller merupakan peralatan digunakan bagi melancarkan proses penarikan kabel elektrik dan rangkaian UTP / STP ke dalam conduit. Ia bersifat fleksibel iaitu boleh memasuki ke ruang dan laluan yang sukar seperti L dan T.


2.2.7  Tangga 

Rajah 2.2.7 : Tangga 

Tangga merupakan peralatan digunakan untuk naik ke permukaan tinggi seperti dinding bahagian atas, siling dan bumbung. Kerja pengkabelan memerlukan Tangga supaya memudahkan proses penarikan kabel terutamanya pada bahagian yang tinggi.


2.3  BAHAN


2.3.1  Trunking


Rajah 2.3.1 : Trunking

Trunking merupakan bahan digunakan untuk melaras susun atur kabel yang ditarik. Ia diperbuat daripada pvc dan logam. Terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan ukuran. Trunking boleh dipasang secara melintang dan menegak pada permukaan dinding. Ia boleh dibentuk L dan T mengikut keperluan. Trunking melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Trunking jenis pvc adalah sesuai digunakan bagi pengkabelan dalam bangunan kerana tidak terdedah kepada haba sinaran matahari dan air hujan. Ia boleh bertahan untuk jangkamasa panjang. Penutup pada bahagian atas Trunking boleh dibuka sekiranya ada pemeriksaan dan penyusunan semula kabel.


2.3.2  Conduit


Rajah 2.3.2 : Conduit

Conduit merupakan bahan digunakan untuk melaras susun atur kabel yang ditarik. Ia diperbuat daripada pvc dan logam. Terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan ukuran. Conduit boleh dipasang secara melintang dan menegak pada permukaan dinding. Ia mempunyai aksesori tambahan seperti L connector, T connector, coupler, clip dan lain-lain. Conduit melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Conduit jenis pvc sesuai digunakan bagi pengkabelan dalam bangunan kerana tidak terdedah kepada haba sinaran matahari dan air hujan. Ia boleh bertahan untuk jangkamasa panjang. Conduit jenis logam sesuai digunakan bagi pengkabelan di luar bangunan kerana tahan lasak. Ia juga boleh di tanam di dalam tanah kebiasaannya untuk pengkabelan elektrik.


2.3.3  Rubber Boot RJ45

Rajah 2.3.3 : Rubber Boot RJ45

Rubber Boot RJ45 merupakan bahan digunakan untuk melindungi pin yang terdapat pada RJ45 connector supaya tidak patah. Ia diperbuat daripada getah dan terdiri daripada pelbagai warna. Pelbagai jenis warna boleh dijadikan penanda bagi membantu juruteknik membuat pemeriksaan kabel.


2.3.4  RJ45 Connector

Rajah 2.3.4 : RJ45 Connector

RJ45 connecter merupakan bahan penyambung penamat bagi kabel rangkaian UTP / STP. Pemilihan RJ45 connector adalah bergantung kepada jenis kabel UTP / STP yang digunakan.






No comments:

Post a Comment