Tuesday, October 23, 2018

COMPUTER SYSTEM SETUP

BIODATA


Nama : KHAIRUL IZHAR BIN ISHAK

Tarikh Lahir : 10 MEI 2000

Tempat Lahir : HOSPITAL KUALA LUMPUR

Tempat Pengajian : OXFORD BUSINESS  COLLEGE


Kursus : PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER


Hobi : BERSUKAN


Warna Kegemaran : MERAH



COMPUTER SYSTEM SETUP



     Kita boleh lihat komputer berada di mana-mana sama ada di sekolah, pejabat atau rumah. Komputer juga digunakan untuk mengawal sesuatu peralatan seperti permainan kawalan jauh, mesin basuh, kereta ketuhar gelombang mikro dan mesin autoteler (ATM). Pada hari ini kita boleh melihat kenderaan yang berbagai jenis seperti kereta, kenderaan pelbagai guna, bas, lori dan sebagainya. Begitu juga dengan komputer. Komputer terdiri dari berbagai jenis. Ianya digunakan untuk berbagai tujuan dan berbeza dari segi saiz, harga dan keupayaan.


APA ITU KOMPUTER ?

Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menerima data, memproses data, menyimpan data dan menghasilkan output. 



ISTILAH-ISTILAH ASAS YANG PERLU DIKETAHUI :


1) PERANTI 

 Peralatan yang disambung kepada sistem unit.

2) PERISIAN

 Program atau arahan yang memberitahu komputer apa yang harus dilakukan.

3) DATA

→ Fakta mengenai sesuatu benda atau orang seperti nama, gambar, warna, saiz, bilangan dan sebagainya.



4) MAKLUMAT


→ Data yang telah diproses menjadi sesuatu yang bermakna.




KEPENTINGAN PENGGUNAAN KOMPUTER


PENDIDIKAN 



  •           Meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem pengurusan sekolah.
  •           Meluaskan pengetahuan pelajar dalam pencarian dan dapatan   maklumat. 




PERBANKAN DAN PERNIAGAAN


  •         Mewujudkan satu komunikasi yang luas dengan pelanggan.
  •      Mengurangkan kos operasi dan masa.
  •         Meningkatkan mutu perkhidmatan.



KEHIDUPAN HARIAN DI RUMAH



  •          Memudahkan pengurusan rumah.
  •          Maklumat dapat di capai dengan mudah walaupun dari rumah 
  •          Komunikasi jauh boleh diwujudkan.



SEKTOR INDUSTRI


  •        Memudahkan perancangan pengeluaran dan sistem kawalan.
  •        Membantu proses merekabentuk produk menggunakan perisian CAD.
  •        Membantu pekerja mengendalikan mesin.
  •       Membantu tadbir untuk mengawasi dan mengendalikan seluruh operasi kilang.



PROSES KOMPUTER 


INPUT

Input merupakan aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer.Data dimasukkan ke dalam sistem komputer melalui aktiviti :



  •    Menaip data secara manual menggunakan keyboard

  •   Memilih dan klik dari senarai yang disediakan menggunakan mouse

  •  Mengimbas dokumen, imej dan sebagainya menggunakan scanner.



PROSES

Proses adalah langkah menukarkan data kepada maklumat yang berguna.




OUTPUT

Output ialah maklumat yang dipaparkan oleh komputer selepas data diproses mengikut arahan yang diberikan oleh peranti input. Contoh output ialah paparan teks , video atau imej di monitor , teks atau imej yang dicetak oleh pencetak dan paparan di projector LCD.



STORAN


Storan ialah tempat untuk menyimpan data untuk tujuan kegunaan akan datang









JENIS-JENIS KOMPUTER



1) DESKTOP




Desktop merupakan istilah yang digunakan untuk komputer peribadi . Kedudukan peralatan Desktop pada kebiasaannya diletakkan di atas meja terdiri daripada monitor , mouse , keyboard dan sistem unit. Komputer jenis ini mudah untuk menaiktaraf dari segi perkakasan sekiranya perlu . Ia juga lasak bagi mengendalikan program multimedia , games , dan autocad.







2) LAPTOP



Laptop merupakan komputer yang berbentuk ringkas dan mudah alih. Perkakasan seperti processor, motherboard, RAM, hardisk, monitor dan keyboard disatukan menyerupai sebuah buku. Ia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digunakan untuk membuat pebentangan di dalam sektor pekerjaan dan perniagaan. Laptop terdiri daripada :


A) ULTRABOOK






Ultrabook merupakan komputer riba rekabentuk alaf baru dan menyediakan fungsi pengkomputeran yang sama. Ia ringan, nipis dan mempunyai ketahanan bateri yang lebih daripada Laptop. Spesifikasi keluaran Ultrabook ialah menggunakan CPU jenis Intel Core i5 dan Intel Core i7.



B) NETBOOK


Netbook merupakan komputer riba yang paling kecil, ringan dan berkuasa rendah. Ia sesuai digunakan untuk membuat kerja-kerja dokumentasi menggunakan perisian Microsoft Office dan melayari Internet menggunakan perisian Google Chrome dan Mozilla Firefox. Spesifikasi keluaran Netbook ialah paling minimum iaitu menggunakan CPU jenis Intel Pentium.


3) THIN CLIENT





Thin Client juga merupakan komputer jenis Desktop yang menggunakan sistem unit sangat kecil, ringan dan berkuasa rendah. Ia sesuai untuk penggunaan membuat kerja-kerja dokumentasi, penghantaran email dan melayari Internet. Thin Client amat sesuai digunakan di pejabat kerana tidak memerlukan ruangan yang besar.




PERANTI KOMPUTER


1) PERANTI INPUT



KEYBOARD






Keyboard berfungsi membenarkan pengguna memasukkan arahan perkataan, nombor dan simbol kepada komputer.






MOUSE





Mouse ialah penunding (pointer) berfungsi menggerakkan arahan penunding untuk ditekan oleh pengguna.


SCANNER

Scanner berfungsi menyalin dan membaca dokumen dalam bentuk teks dan gambar. Dokumen yang disalin akan bertukar kepada bentuk digital dan disimpan dalam komputer. Maklumat yang dibaca akan diproses oleh komputer





2) PERANTI OUTPUT



MONITOR






Monitor berfungsi memaparkan output yang dikehendaki oleh sistem unit komputer.




PRINTER




Printer berfungsi mencetak pelbagai maklumat dalam bentuk dokumen (hard copy).



SPEAKER




Speaker berfungsi mengeluarkan arahan bunyi dari komputer.


PERKAKASAN KOMPUTER


CPU ( CENTRAL PROCESSING UNIT )




CPU atau processor merupakan perkakasan utama yang memainkan peranan dari segi kelajuan memproses data. CPU berfungsi sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer. 




MOTHERBOARD




Motherboard berfungsi sebagai jantung bagi sesebuah komputer. Ia merupakan papan litar yang besar dan terletak di bahagian bawah casing bagi pengguna yang menggunakan desktop casing dan terletak menegak bagi pengguna yang menggunakan tower casing. Motherboard diperbuat daripada kepingan kaca serat dan di atasnya dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa motherboard merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.




RAM ( RANDOM ACCESS MEMORY )



RAM merupakan ingatan utama di mana data atau arahan yang diperlukan atau sedang diproses disimpan buat sementara waktu agar ianya boleh dipindahkan di antara CPU dan sistem pengoperasian. RAM boleh melaksanakan proses baca dan tulis (read and write). RAM adalah tidak kekal (volatile). Ini bermakna ia akan kehilangan data atau arahan sebaik sahaja komputer dimatikan (off). 





HARD DRIVE 



Hard Drive merupakan perkakasan menyimpan data kekal di dalam sistem komputer. Perisian sistem operasi dipasang (install) di hard drive bagi membolehkan komputer beroperasi. Selain itu perisian pemacu (driver) dan perisian aplikasi juga dipasang (install) pada hard drive.




POWER SUPPLY




Power supply merupakan penerima bekalan elektrik daripada punca bekalan elektrik utama. Power supply menukarkan arus elektrik kepada bentuk voltan untuk mengagihkannya ke soket-soket yang terdapat pada motherboard bagi kegunaan komponen yang berkaitan. Terdapat dua (2) jenis power supply iaitu 110v dan 240v.




GRAPHIC CARD



Graphic card berfungsi memproses serta menghasilkan gambar dan video untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor . Ia juga terdapat dalam bentuk (built-in) iaitu disertakan bersama dengan motherboard . Graphic card tambahan biasanya digunakan oleh pengguna yang melakukan kerja multimedia seperti animasi 3d , rekabentuk , dan games . 






COOLING FAN



Cooling fan berfungsi mengawal kitaran (ventilation) angin pada system unit. Ia dipasang di hadapan dan belakang casing. Cooling fan di hadapan akan tarik masuk angin dari persekitaran luar untuk sejukkan perkakasan dan komponen dalam casing. Cooling fan di belakang akan tarik keluar angin dari persekitaran dalam untuk sejukkan perkakasan dan komponen dalam casing.




STORAGE MEDIA




Storage media berfungsi sebagai tempat penyimpanan perisian operasi dan aplikasi. Ia digunapakai semasa proses installation perisian operasi dan perisian aplikasi mengikut keperluan pengguna.




OPTICAL DRIVE



Optical drive merupakan perkakasan yang menggunakan laser untuk membaca dan menyalin data menggunakan CDR, CDRW, DVDR dan DVDRW. Optical drive juga boleh memadam semula data yang telah disalin pada cakera optik.




CASING




Casing merupakan tempat meletakkan perkakasan-perkakasan komputer yang terlibat untuk system unit. Peranan casing memastikan perkakasan komputer beroperasi dengan baik. Umumnya terdapat dua rekabentuk casing yang boleh dipilih iaitu dari jenis basic atau pun tower yang dikatakan paling popular. 




HEATSINK & FAN




Heatsink & fan adalah terma peranti logam konduktif direka untuk menyerap dan bersurai kepanasan dari objek suhu tinggi seperti pemproses computer. CPU heat-sink dilengkapi dengan kipas terbina dalam untuk membantu menjaga kedua-dua CPU dan heat-sink haba pada suhu yang sesuai. Heat-sink yang diperbuat daripada logam, seperti aloi tembaga atau aluminium, dan dilampirkan kepada pemproses. Kebanyakan heat-sink bersirip, hirisan nipis logam disambungkan ke pangkal heat-sink , yang membantu haba tersebar di kawasan yang besar.




No comments:

Post a Comment